Assalamualaikum wbt / Salam Sejahtera,

Tuan / Puan,

Kami dengan segala hormatnya menjemput tuan / puan untuk menghadiri taklimat pengenalan Ruby on Rails pada 5 Mei 2011.

Taklimat akan diberikan oleh Pasukan Localhost - Pasukan yang menjadi Juara Keseluruhan Pertandingan Membangunkan Aplikasi Web dalam masa 36 Jam menggunakan Perisian Open Source MyGOSSCON 2010 anjuran MAMPU dengan kerjasama MDeC dan PIKOM.

Pasukan Localhost ini terdiri daripada : i. Amir Haris Bin Ahmad ii. Nazrul Hazhan Bin Nazlan iii. Nazrul Hadi Bin Nazlan

MAKLUMAT & AGENDA

Taklimat Pengenalan Ruby On Rails Tarikh : 5 Mei 2011 (Khamis) Masa : 9.30 am - 12.30pm Lokasi : Training.My, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi Yuran : Percuma - pendaftaran diperlukan Sila rujuk cara dan terma pendaftaran

Sesi 1 - Pengenalan Ruby on Rails From Zero to Hero with Ruby on Rails Sesi 2 - Perbandingan Ruby on Rails dengan PHP Mari mencuba Ruby on Rails Sesi 3 - Projek-projek yang dibangunkan menggunakan Ruby on Rails Perkongsian Pengalaman Pasukan Localhost semasa di MyGOSSCON 2010 Sesi 4 - Soal Jawab

CARA & TERMA PENDAFTARAN

  1. Peserta terhad kepada 20 orang yang pertama mendaftar dan mengesahkan kehadiran.

  2. Pendaftaran hendaklah dibuat dengan menghantar nama, alamat email, no telefon dan nama agensi ke email berikut admin@training.my . Selepas menghantar email, anda akan mendapat maklumbalas bahawa email anda telah diterima dalam tempoh 12 jam. Jika tidak mendapat maklumbalas ini, sila telefon Nazrol di 013-3583553 .

  3. Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 20 April 2011. Pengesahan status penerimaan pendaftaran akan dihantar selewat-lewatnya 30 April 2011.

  4. Surat jemputan rasmi boleh dikeluarkan atas permintaan untuk 20 orang ini.

  5. Jika peserta telah mencapai jumlah maksimum untuk sesi ini, peserta yang selebihnya akan ditawarkan untuk tarikh dan masa yang lain.

RUJUKAN & MAKLUMAT TAMBAHAN

Laman Web antarabangsa yang menggunakan Ruby on Rails ialah seperti berikut :

i) Tweeter.com - http://twitter.com/ ii) Yellow pages - http://www.yellowpages.com/ iii) Geni - http://www.geni.com iv) SlideShare - http://www.slideshare.com

Ruby on Rails ialah pengaturcaraan yang kami gunakan untuk membangunkan laman web berikut :

Training.My - http://training.my Tafsir Al-Quran Bahasa Melayu - http://www.surah.my DNSCELL.com - http://www.dnscell.com

Taklimat ini ditaja oleh Training.My (Serai Solutions) dan DNSCELL.com (Localhost Sdn Bhd )

Jika ada sebarang pertanyaan, sila maklumkan.

Terima kasih.

They LEARN from Us

Nazrol Hafiz Serai Solutions - www.serai.org Training.Malaysia - www.training.my Tel : 013-358 3553 ——————————————————————————————————– Kindly Visit MyOffice - Office Information System - http://www.admin.my Developed by Localhost Team from Serai Solutions / Localhost Sdn Bhd Best Of The Best - Overall Winner 36-HOUR OSS WEB DEVELOPMENT CONTEST : MYGOSSCON 2010 Organized by MAMPU, in Collaboration with MDeC & PIKOM ———————————————————————————————————